Tuesday, May 26, 2009

Ulasan Buku

Konsep kajian tindakan

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang bertujuan untuk meningkatkan atau memperbaiki sebarang isu, dilema, dan juga permasalahan yang dihadapi. Buku ini lebih memfokuskan kepada kajian tindakan pedagogi yang mana melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Mengapa guru perlu buat kajian tindakan?

Pada pendapat saya, seorang guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bagi menarik minat pelajar yang dapat membantu dan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak semasa proses pembelajaran berlaku.

Reka bentuk kajian tindakan

a) Model

Menggunakan kaedah kitaran yang melibatkan 5 peringkat bagi kajian tindakan pedagogi ini iaitu:

Langkah 1: mengenalpasti masalah/isu

Langkah 2: memikirkan cara/tindakan/kaedah untuk menyelesaikan masalah

Langkah 3: membuat tindakan

Langkah 4: menilai tindakan

Langkah 5: membuat ubahsuai bagi tindakan seterusnya

b) Sampel

Pelajar tahun tiga bagi jurusan psikologi


c) Seting kajian

Kajian ini telah dilakukan di Liverpool Hope University, UK ke atas kumpulan pelajar psikologi dalam subjek psikologi kaunseling. Dilakukan selama 12 minggu pada tahun 2003.


Prosedur kajian tindakan

Langkah 1: mengenal pasti masalah

Pelajar psikologi tahun tiga menggunakan terlalu sedikit jurnal yang terbaru untuk penulisan esei mereka.

Langkah 2: memikirkan kaedah penyelesaian

Menggunakan kaedah bertanya kepada pelajar (a qualitative, interpretivist approach)

Langkah 3: membuat tindakan

Meminta pelajar untuk mengambil bahagian dalam sesi temubual/perbincangan

Langkah 4: menilai tindakan

Menggunakan kaedah analisis perkara (content analysis) yang merupakan salah satu kaedah dalam analisis kualitatif

Langkah 5: membuat ubahsuai bagi tindakan seterusnya

Dapat mengenal pasti isu terbaru daripada tindakan yang telah dilakukan yang membawa kepada kitar kedua kajian tindakan. Mengubah suai latihan dengan memberi bantuan jurnal kepada pelayar kaunseling psikologi tahun tiga. Contoh tindakan yang boleh dilakukan adalah seperti mengadakan sesi untuk mencari rujukan dengan bantuan pegawai perpustakaan atau mengadakan sesi rundingan bagi pelajar yang memerlukannya.

Pengumpulan dan analisa data

a) Instrumen kajian

Soalan temu bual/soal jawab


b) Teknik pengumpulan data

Menggunakan kaedah soal jawab (questionaire)/temu bual (unstructured interviews) di mana sesi temu bual direkodkan.


c) Teknik menganalisis data

Segala rekod kemudian ditukarkan kepada maklumat bertulis. Langkah seterusnya adalah membaca rekod berulang kali untuk membentuk jumlah tema berdasarkan prinsip asas analisa tema. Kemudian menggabungkan setiap maklumat yang diperolehi menjadi satu kategori

Etika kajian tindakan

Etika dalam menjalankan kajian tindakan adalah:

1. Responden perlulah individu yang bersetuju untuk mengambil bahagian yang akan dijalankan tanpa sebarang paksaan.


2. Segala maklumat yang diperolehi adalah sulit dan persendirian.


3. Responden tidak dilindungi daripada sebarang kecederaan dari segi fizikal atau psikologi.

Penilaian keseluruhan buku

Buku ini menjelaskan mengenai cara dan juga contoh dalam melakukan kajian tindakan bermula dengan bagaimana memulakan kajian tindakan dalam pedagogi. Kemudian mengulas mengenai metodologi dan prosedur yang paling sesuai dalam menjalankan kajian tindakan. Bagi kaedah menganalisis data pula, 2 cara menganalisis data dikemukan iaitu secara kualitatif dan juga kuantitatif. Seterusnya mengenai cara untuk mereka dan membangunkan serta mengaplikasi instrumen dalam kajian tindakan. Akhir sekali ia menerangkan mengenai etika yang perlu ada dalam menjalankan kajian tindakan.

Saturday, May 16, 2009

Kajian Kepustakaan

Beberapa kemahiran diperlukan untuk menjalankan kajian kepustakaan bagi menjalankan sesebuah kajian tindakan. Antara kemahiran-kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut
  1. Membuat banding dan beza
  2. Analisis data
  3. Menilai
  4. Membuat kesimpulan
  5. Mensintesis
Membuat Banding Beza
Tujuan banding beza dibuat adalah untuk mencari persamaan dan juga perbezaan apabila terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan daripada beberapa sumber/artikel. Antara langkah penggunaan yang boleh digunakan dalam membuat banding beza ialah memerhati/beri tumpuan kepada ciri-ciri kajian tindakan yang telah dilakukan. Kemudian kenal pasti ciri kajian tindakan tersebut. Tentukan persamaan dan juga perbezaan ciri yang terdapat dalam kajian tersebut.

Analisis Data
Satu proses pengolahan data/maklumat yang terdapat dalam kajian bagi memahami konsep yang digunakan dalam kajian tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk mengenali/memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan.

Membuat Penilaian/Menilai
Proses membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kelemahan atau kebaikan berdasarkan bukti yang sah. BBoleh digunakan untuk membuat keputusa samada menerima atau menolak idea yang telah dikemukakan.

Membuat Kesimpulan
Kesimpulan bermaksud penyataan kepada suatu hasil kajian berdasarkan hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasrkan penyiasatan. Digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal, dan juga menyokong penyataan.

Mensintesis
Merupakan proses yang menggabungkan beberapa idea,unsur, atau item untuk hasilkan gambaran menyeluruh mengenai sesuatu perkara dalam bentuk penyertaan.

Sunday, May 10, 2009

Kuliah Dr Izham Hamzah (4 Mei 2009)

Dr Izham telah mengajar mengenai Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan. Antara perkara yang telah diberitahu di dalam kelas ini adalah konsep perubahan dalam pendidikan, jenis-jenis perubahan, dimensi perubahan, dan juga model-model perubahan.

Perkara yang difahami mengenai konsep perubahan dalam pendidikan ialah perubahan dalam pendidikan adalah perkara yang pasti atau lebih tepat lagi perkara yang tidak dapat dielakkan dari terjadi kerana perubahan dalam pendidikan adalah factor utama bagi penyediaan generasi masa depan. Walaubagaimanapun bukan semua perubahan itu berjalan dengan lancer kerana kadang-kadang terdapat ketidakpastian yang mana ia dikatakan boleh membunuh generasi muda.

Terdapat 4 jenis perubahan yang dibentangkan oleh Dr Izham dan yang pertama adalah perubahan kearah peningkatan yang berlaku keatas komponen dalam dalam organisasi. Jenis yang kedua ialah perubahan strategik yang melibatkan keseluruhan organisasi. Seterusnya adalah perubahan reaktif yang berlaku akibat daripada tindak balas secara langsung antara 2 pihak dan yang terakhir adalah perubahan akibat daripada jamgkaan yang bermaksud perubahan yang disebabkan oleh pihak pengurusan yang ingin membaiki tahap mereka.

Seterusnya mengenai dimensi dalam perubahan iaitu sebanyak 6 dimensi telah dijelaskan. Dimensi-dimensi tersebut termasuklah tujuan perubahan, unit perubahan iaitu fokus sesuatu perubahan, sifat perubahan, magnitude perubahan, skop perubahan, dan jangkamasa perubahan.

4 model telah diperkenalkan bagi perubahan iaitu yang pertama ialah Model Penggabungan Roger, Model Kanter, Model Rand, dan Model ACOT (Apple Classroom of Tomorrow).

AKTIVITI 2 (KUMPULAN)

Aktiviti 2 adalah aktiviti dimana satu perbincangan telah dilakukan dalam kumpulan yang dianggotai oleh 3 orang pelajar mengikut kursus utama masing-masing. Antara permasalahan yang perlu dibincangkan oleh kumpulan tersebut adalah memikirkan masalah yang timbul dalam kelas pengajaran yang berkaitan dengan situasi sebenar semasa mengajar nanti.

Disini kami mengutarakan 2 masalah iaitu yang pertama ialah masalah yang dihadapi oleh pelajar dan masalah kedua pula ialah masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah pertama

Masalah: pelajar kurang menguasai kosakata saintifik bahasa inggeris dalam pembelajaran sains/biologi.

Cadangan penyelasaian: menghasilkan satu pembelajaran berbentuk permain yang melibatkan semua pelajar. Contoh permainan ialah permainan win, lose and draw.

Masalah kedua

Masalah: guru tidak dapat mengawal kelas dengan efektif disebabkan oleh penyampaian isi pembelajaran tidak menarik terutama dalam subjek yang agak susah.

Cadangan penyelesaian: menjalankan lebih banyak aktiviti yang menfokuskan pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centered learning). Contoh aktiviti ialah perbincangan dan persembahan (aktiviti dalam kelas) dan penggunaan webquest (aktiviti luar dan dalam kelas).

Sunday, May 3, 2009

AKTIVITI 1 (INDIVIDU)

Penambahbaikan dan Perancangan

Penambahbaikan
  1. Menampakkan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin
  2. Meningkatkan dan mengekalkan tahap motivasi diri

Perancangan

Matlamat:
Menjadi seorang individu yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang versatil dan holistik yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Objektif:
  1. Mendisiplinkan diri
  2. Menambah keyakinan dalam diri
  3. Dapat memberi arahan dan mengawal kumpulan dengan baik

Pelan Tindakan
  1. Memastikan diri sendiri dapat menepati masa dan arahan dengan baik
  2. Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, perbincangan, atau perbentangan
  3. Berinteraksi dengan individu lain tanpa mengira jantina, umur, atau jurusan
  4. Menjalan tugas sebaik mungkin apabila diberi tugas sebagai ketua
  5. Membuang sifat malu dan takut pada tempat yang tidak sepatutnya

Pengumpulan Data
  1. Mengumpul segala maklumat yang berkaitan seperti setiap kritikan dan juga teguran daripada rakan-rakan dan juga para pensyarah.
  2. Menilai reaksi individu di sekeliling kita apabila kita melakukan sesuatu

Pemantauan
Membuat refleksi kendiri secara berterusan dari awal hingga akhir bagi mengenalpasti setiap perubahan yang berlaku.

Penilaian
Menilai kembali setiap perubahan dan juga perkembangan diri sendiri pada akhir tempoh masa perlaksanaa rancangan, adakah telah mengikut setiap rancangan untuk mencapai matlamat dan objectif yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Jika berlaku sebaliknya, saya perlu menilai kembali setiap rancangan yang telah dilakukan.

Tuesday, April 28, 2009

Kajian Tindakan??

Setelah mengikuti 2 kuliah subjek kajian tindakan barulah saya rasa saya memahami apa itu kajian tindakan. Sebelum ini saya sedikit blur tetapi sekarang saya tahu apa itu kajian tindakan. Pada pemahaman saya setakat ini ialah kajian tindakan bermaksud satu proses yang mengkaji tentang tingkah laku, perbuatan diri kita ataupun orang lain. Kajian ini dilakukan bagi meningkatkan atau menambahbaik apa yang sedia ada bagi memantapkan lagi diri mereka. Kajian tindakan juga boleh dilakukan ke atas diri manusia itu sendiri. Berbanding dengan kajian ilmiah yang biasa kita tengok/dengar, kajian tindakan adalah kurang dilakukan oleh mana-mana individu dan ada yang menganggap ia tidak penting.

Kajian tindakan ini melibatkan proses seperti mencari permasalahan/kelemahan, kemudian merancang bagaimana untuk overcome/mengatasi masalah tersebut. Kemudian bertindak berdasarkan rancangan dalam tempoh tertentu dan selepas itu pengkaji tersebut perlu menilai segala yang telah dilakukan olehnya dengan membuat refleksi apa yang telah terjadi. Kitar ini akan terus berlaku sehingga masalah atau matlamat dapat diselesaikan dan dicapai dan tiada masa yang khusus bagi menetapkan kajian ini telah tamat.

Setakat ini itu yang saya faham dan kalau ada kesalahan saya harap ada yang sudi membantu saya membetulkan pemahaman dan pendangan tentang kajian tindakan ini.

Sekian.

Sunday, April 26, 2009

Special for Action Research....

This page is under construction....
Will be back soon....