Konsep kajian tindakan
Kajian tindakan merupakan satu kajian yang bertujuan untuk meningkatkan atau memperbaiki sebarang isu, dilema, dan juga permasalahan yang dihadapi. Buku ini lebih memfokuskan kepada kajian tindakan pedagogi yang mana melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Mengapa guru perlu buat kajian tindakan?
Pada pendapat saya, seorang guru perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bagi menarik minat pelajar yang dapat membantu dan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak semasa proses pembelajaran berlaku.
Reka bentuk kajian tindakan
a) Model
Menggunakan kaedah kitaran yang melibatkan 5 peringkat bagi kajian tindakan pedagogi ini iaitu:
Langkah 1: mengenalpasti masalah/isu
Langkah 2: memikirkan cara/tindakan/kaedah untuk menyelesaikan masalah
Langkah 3: membuat tindakan
Langkah 4: menilai tindakan
Langkah 5: membuat ubahsuai bagi tindakan seterusnya
b) Sampel
Pelajar tahun tiga bagi jurusan psikologi
c) Seting kajian
Kajian ini telah dilakukan di Liverpool Hope University, UK ke atas kumpulan pelajar psikologi dalam subjek psikologi kaunseling. Dilakukan selama 12 minggu pada tahun 2003.
Prosedur kajian tindakan
Langkah 1: mengenal pasti masalah
Pelajar psikologi tahun tiga menggunakan terlalu sedikit jurnal yang terbaru untuk penulisan esei mereka.
Langkah 2: memikirkan kaedah penyelesaian
Menggunakan kaedah bertanya kepada pelajar (a qualitative, interpretivist approach)
Langkah 3: membuat tindakan
Meminta pelajar untuk mengambil bahagian dalam sesi temubual/perbincangan
Langkah 4: menilai tindakan
Menggunakan kaedah analisis perkara (content analysis) yang merupakan salah satu kaedah dalam analisis kualitatif
Langkah 5: membuat ubahsuai bagi tindakan seterusnya
Dapat mengenal pasti isu terbaru daripada tindakan yang telah dilakukan yang membawa kepada kitar kedua kajian tindakan. Mengubah suai latihan dengan memberi bantuan jurnal kepada pelayar kaunseling psikologi tahun tiga. Contoh tindakan yang boleh dilakukan adalah seperti mengadakan sesi untuk mencari rujukan dengan bantuan pegawai perpustakaan atau mengadakan sesi rundingan bagi pelajar yang memerlukannya.
Pengumpulan dan analisa data
a) Instrumen kajian
Soalan temu bual/soal jawab
b) Teknik pengumpulan data
Menggunakan kaedah soal jawab (questionaire)/temu bual (unstructured interviews) di mana sesi temu bual direkodkan.
c) Teknik menganalisis data
Segala rekod kemudian ditukarkan kepada maklumat bertulis. Langkah seterusnya adalah membaca rekod berulang kali untuk membentuk jumlah tema berdasarkan prinsip asas analisa tema. Kemudian menggabungkan setiap maklumat yang diperolehi menjadi satu kategori
Etika kajian tindakan
Etika dalam menjalankan kajian tindakan adalah:
1. Responden perlulah individu yang bersetuju untuk mengambil bahagian yang akan dijalankan tanpa sebarang paksaan.
2. Segala maklumat yang diperolehi adalah sulit dan persendirian.
3. Responden tidak dilindungi daripada sebarang kecederaan dari segi fizikal atau psikologi.
Penilaian keseluruhan buku
Buku ini menjelaskan mengenai cara dan juga contoh dalam melakukan kajian tindakan bermula dengan bagaimana memulakan kajian tindakan dalam pedagogi. Kemudian mengulas mengenai metodologi dan prosedur yang paling sesuai dalam menjalankan kajian tindakan. Bagi kaedah menganalisis data pula, 2 cara menganalisis data dikemukan iaitu secara kualitatif dan juga kuantitatif. Seterusnya mengenai cara untuk mereka dan membangunkan serta mengaplikasi instrumen dalam kajian tindakan. Akhir sekali ia menerangkan mengenai etika yang perlu ada dalam menjalankan kajian tindakan.
No comments:
Post a Comment