Sunday, May 10, 2009

Kuliah Dr Izham Hamzah (4 Mei 2009)

Dr Izham telah mengajar mengenai Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan. Antara perkara yang telah diberitahu di dalam kelas ini adalah konsep perubahan dalam pendidikan, jenis-jenis perubahan, dimensi perubahan, dan juga model-model perubahan.

Perkara yang difahami mengenai konsep perubahan dalam pendidikan ialah perubahan dalam pendidikan adalah perkara yang pasti atau lebih tepat lagi perkara yang tidak dapat dielakkan dari terjadi kerana perubahan dalam pendidikan adalah factor utama bagi penyediaan generasi masa depan. Walaubagaimanapun bukan semua perubahan itu berjalan dengan lancer kerana kadang-kadang terdapat ketidakpastian yang mana ia dikatakan boleh membunuh generasi muda.

Terdapat 4 jenis perubahan yang dibentangkan oleh Dr Izham dan yang pertama adalah perubahan kearah peningkatan yang berlaku keatas komponen dalam dalam organisasi. Jenis yang kedua ialah perubahan strategik yang melibatkan keseluruhan organisasi. Seterusnya adalah perubahan reaktif yang berlaku akibat daripada tindak balas secara langsung antara 2 pihak dan yang terakhir adalah perubahan akibat daripada jamgkaan yang bermaksud perubahan yang disebabkan oleh pihak pengurusan yang ingin membaiki tahap mereka.

Seterusnya mengenai dimensi dalam perubahan iaitu sebanyak 6 dimensi telah dijelaskan. Dimensi-dimensi tersebut termasuklah tujuan perubahan, unit perubahan iaitu fokus sesuatu perubahan, sifat perubahan, magnitude perubahan, skop perubahan, dan jangkamasa perubahan.

4 model telah diperkenalkan bagi perubahan iaitu yang pertama ialah Model Penggabungan Roger, Model Kanter, Model Rand, dan Model ACOT (Apple Classroom of Tomorrow).

No comments:

Post a Comment