Saturday, May 16, 2009

Kajian Kepustakaan

Beberapa kemahiran diperlukan untuk menjalankan kajian kepustakaan bagi menjalankan sesebuah kajian tindakan. Antara kemahiran-kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut
  1. Membuat banding dan beza
  2. Analisis data
  3. Menilai
  4. Membuat kesimpulan
  5. Mensintesis
Membuat Banding Beza
Tujuan banding beza dibuat adalah untuk mencari persamaan dan juga perbezaan apabila terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan daripada beberapa sumber/artikel. Antara langkah penggunaan yang boleh digunakan dalam membuat banding beza ialah memerhati/beri tumpuan kepada ciri-ciri kajian tindakan yang telah dilakukan. Kemudian kenal pasti ciri kajian tindakan tersebut. Tentukan persamaan dan juga perbezaan ciri yang terdapat dalam kajian tersebut.

Analisis Data
Satu proses pengolahan data/maklumat yang terdapat dalam kajian bagi memahami konsep yang digunakan dalam kajian tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk mengenali/memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan.

Membuat Penilaian/Menilai
Proses membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kelemahan atau kebaikan berdasarkan bukti yang sah. BBoleh digunakan untuk membuat keputusa samada menerima atau menolak idea yang telah dikemukakan.

Membuat Kesimpulan
Kesimpulan bermaksud penyataan kepada suatu hasil kajian berdasarkan hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasrkan penyiasatan. Digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal, dan juga menyokong penyataan.

Mensintesis
Merupakan proses yang menggabungkan beberapa idea,unsur, atau item untuk hasilkan gambaran menyeluruh mengenai sesuatu perkara dalam bentuk penyertaan.

No comments:

Post a Comment