Tuesday, April 28, 2009

Kajian Tindakan??

Setelah mengikuti 2 kuliah subjek kajian tindakan barulah saya rasa saya memahami apa itu kajian tindakan. Sebelum ini saya sedikit blur tetapi sekarang saya tahu apa itu kajian tindakan. Pada pemahaman saya setakat ini ialah kajian tindakan bermaksud satu proses yang mengkaji tentang tingkah laku, perbuatan diri kita ataupun orang lain. Kajian ini dilakukan bagi meningkatkan atau menambahbaik apa yang sedia ada bagi memantapkan lagi diri mereka. Kajian tindakan juga boleh dilakukan ke atas diri manusia itu sendiri. Berbanding dengan kajian ilmiah yang biasa kita tengok/dengar, kajian tindakan adalah kurang dilakukan oleh mana-mana individu dan ada yang menganggap ia tidak penting.

Kajian tindakan ini melibatkan proses seperti mencari permasalahan/kelemahan, kemudian merancang bagaimana untuk overcome/mengatasi masalah tersebut. Kemudian bertindak berdasarkan rancangan dalam tempoh tertentu dan selepas itu pengkaji tersebut perlu menilai segala yang telah dilakukan olehnya dengan membuat refleksi apa yang telah terjadi. Kitar ini akan terus berlaku sehingga masalah atau matlamat dapat diselesaikan dan dicapai dan tiada masa yang khusus bagi menetapkan kajian ini telah tamat.

Setakat ini itu yang saya faham dan kalau ada kesalahan saya harap ada yang sudi membantu saya membetulkan pemahaman dan pendangan tentang kajian tindakan ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment